HALAMAN TIDAK DIJUMPAI

Profil Pengarah

 

Latar Belakang Pendidikan

Bac. of Medicine (UM);
MMed Radiology (UKM);
Digital Breast Imaging & Biopsy Technique Training (Wijaya International Medical Center);
Neuro Radiology (New York University Hospital)

Kepakaran

Pengimejan Payudara, Radiologi, 
Biomedical Image Signal Processing 

 

Profesor Datin Dr. Rozi Mahmud memulakan perkhidmatannya sebagai seorang pensyarah di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2000. Beliau merupakan seorang pakar radiologi di Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, UPM. Beliau memperoleh ijazah dalam bidang perubatan di Universiti Malaya (UM), 1988; MMeD Radiologi daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 1995; dan meluaskan kepakarannya dalam Radiologi dan Pengimejan dengan menjalani latihan neuro radiologi di New york University Hospital pada tahun 1996 dan Digital Breast Imaging & Biopsy Technique daripada Wijaya International Medical Center pada tahun 2004.

 

Beliau begitu komited terhadap aktiviti pengajaran dan penyelidikan di UPM. Sehingga kini, beliau telah menyelia dan menasihat seramai 16 pelajar prasiswazah, 48 pelajar pasca siswazah (master), dan 40 pelajar pasca siswazah (PhD) dalam pelbagai bidang berkaitan. Dalam bidang penyelidikan, beliau banyak terlibat di dalam projek, geran penyelidikan dan perundingan dalam bidang pengimejan payudara dan radiologi. Beliau seringkali dijemput sebagai konsultan radiologi atau penceramah jemputan bagi organisasi luar dan agensi swasta. Lebih daripada 50 hasil penyelidikan beliau telah diterbitkan di dalam jurnal berimpak tinggi. Hasil-hasil penyelidikan tersebut juga telah dibentangkan dalam konferens di peringkat antarabangsa mahupun tempatan. Beliau turut berkesempatan menghasilkan buku-buku ilmiah, bab dalam buku, prosiding dan modul-modul pengajaran. Hasil-hasil penyelidikan beliau juga turut mendapat pengiktirafan di peringkat global dan kebangsaan.

 

Kepimpinannya terserlah sejak beliau aktif melibatkan diri dalam beberapa jawatankuasa di peringkat universiti. Beliau diberikan kepercayaan sebagai Ketua Jabatan Pengimejan, FPSK dari tahun 2006-2015. Selain itu, beliau juga merupakan ahli kepada beberapa persatuan profesional di peringkat kebangsaan seperti Kolej Radiologi, Akademi Perubatan Malaysia; Persatuan Penuaan Sihat Malaysia; Pendaftaran Pakar Kebangsaan; dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). Pada tahun 2015, beliau telah dianugerahkan pangkat Kolonel Bersekutu daripada JPAM.

 

Lebih daripada 30 buah projek komuniti kepada masyarakat dan kesejahteraan negara yang telah disertai oleh beliau. Beliau lebih banyak memberi tumpuan dalam khidmat saringan program kesihatan dan program kesedaran kanser payudara untuk komuniti di luar bandar khususnya. Melalui projek-projek seperti ini, beliau turut membina jaringan hubungan yang baik dengan agensi-agensi swasta, badan bukan kerajaan (NGO), syarikat-syarikat multinasional dan individu perseorangan. Melihat kepada kejayaannya ini, beliau telah diberikan kepercayaan untuk meneraju Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE) sebagai Pengarah selama 3 tahun bermula Julai 2016.