COVID-19 adalah strain baru yang sebelum ini tidak pernah dikenalpasti. Berdasarkan maklumat terkini, COVID-19 berjangkit dari individu ke individu melalui titisan pernafasan atau sentuhan.
BAGAIMANAKAH VIRUS BOLEH BERJANGKIT?
- Batuk dan bersin oleh individu bergejala
- Sentuhan dengan individu bergejala
- Menyentuh permukaan yang telah tercemar dengan virus
APAKAH GEJALAN JANGKITAN?
- Demam
- Batuk
- Sukar bernafas
BAGAIMANA INDIVIDU YANG DIJANGKITI BOLEH MENGELAK DARIPADA MENJANGKITI ORANG LAIN?
- Pakai penutup mulut dan hidung
- Tutup mulut dan hidung menggunakan tisu apabila batuk dan bersin. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah dan basuh tangan dengan sabun dan air atau hand sanitizer.
- Sentiasa menjaga kebersihan diri.
BAGAIMANA MENCEGAH DARI DIJANGKITI?
- Jarakkan diri sekurang-kurangnya satu (1) meter dari individu bergejala seperti demam, batuk dan bersin.
- Kerap cuci tangan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer)
- Elak sentuh mata, hidung dan mulut dengan kerap.
- Elak melawat ke negara berwabak seperti China Korea Selatan, Jepun, Iran, Itali, Sepanyol, Jerman, Perancis dan Switzerland.
UJIKAJI MAKMAL
Kaedah utama yang digunakan begi penentuan seseorang itu dijangkiti atau tidak ialah dengan mengambil sampel swab dari tekak dan hidung (nasofarinks), kemudian sampel akan dilakukan Ujikaji Tindak Balas Rantai Polimerase- Transkripsi Balik (RT-PCR).
Tarikh Input: 08/04/2020 | Kemaskini: 28/07/2020 | izzatussofia
Blok Utara, Pusat Pengajaran dan Latihan (Aras 1)
Hospital Sultan Abdul Aziz Shah
Persiaran Mardi - Upm,
43400 Serdang,
Selangor