EAT WELL, LIVE WELL, BE WELL | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» BERITA » EAT WELL, LIVE WELL, BE WELL

EAT WELL, LIVE WELL, BE WELL

SERDANG, 10 JUN – Pelajar tahun akhir Bacelor Sains (Dietetik) dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Unit Sumber Pendidikan Kanser dan Klinikal (CCARE), Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) telah melaksanakan program EAT WELL, LIVE WELL, BE WELL.


Program yang bertempat di Dewan Bankuet, HSAAS dan terbuka kepada semua pesakit/survivor kanser serta penjaga ini telah berjaya menarik seramai 70 orang peserta.


Objektif program adalah untuk memberi kesedaran, meningkatkan pengetahuan dan input berguna kepada peserta yang hadir tentang diet dan kanser. Pelbagai aktiviti dijalankan bagi mengisi perjalanan program antaranya seperti:-

 

·         Sesi Ceramah bertajuk

Module 1 : Kekal Kuat Dengan Diet Sihat

Module 2 : Malnutrisi Musuh Kanser

·         Senaman kerusi 

·         Sesi memotong kek bagi meraikan pesakit/survivor kanser

·         Sesi Kaunseling Berkumpulan

·         Sesi Bergambar

   

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat atas kerjasama serta komitmen yang telah diberikan sepanjang berlangsungnya program ini.

Tarikh Input: 10/06/2023 | Kemaskini: 10/06/2023 | aimerul

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXEbUAs~