Apakah Limfoma? | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» Apakah Limfoma?

Apakah Limfoma?


  • Limfoma ialah kanser yang berkembang di dalam sistem limfa, iaitu sebahagian daripada sistem imun tubuh.
  • Sistem limfa mengandungi sel imun yang dinamai limfosit, yang melindungi tubuh terhadap antigen (virus, bakteria dsbnya) yang memasuki tubuh.
  • Organ yang tergolong dalam sistem limfa ialah tulang sumsum, nodus limfa, limpa, dan timus. Sel prekursor di dalam tulang sumsum menghasilkan limfosit. Limfosit B (sel B) matang di dalam tulang sumsum. Limfosit T (sel T) matang di dalam kelenjar timus.
  • Limfosit tak normal yang membahagi terlalu pantas dan tumbuh tanpa kawalan menyebabkan limfoma.

 



Diadaptasi daripada http://www.pasiensehat.com/2015/09/10-fakta-singkat-tentang-limfoma.html
 

Kemaskini:: [amir_peli] Kemaskini:: 04/04/2019 []

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXEZTAs~