Caring Beyond Cancer: In CaRE We Care | CANCER RESOURCE & EDUCATION CENTER
» NEWS » Caring Beyond Cancer: In CaRE We Care

Caring Beyond Cancer: In CaRE We Care

SERDANG, 28 Ogos 2016 – Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CaRE) dengan kerjasama Kumpulan Life Free From Cancer (LFFC) telah menganjurkan program pendidikan dan sokongan kanser Caring Beyond Cancer: In CaRE We Care. Program yang diadakan di CaRE bermula pada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang ini telah disertai oleh seramai 31 orang survivor kanser dan ahli keluarga. Pelbagai pengisian dan aktiviti menarik telah dijalankan bertujuan untuk memberikan sokongan kepada pesakit/ survivor kanser payudara melalui aktiviti pendidikan, sokongan, kerohanian dan ramah mesra.

Forum membincangkan tentang isu-isu berkaitan kanser payudara telah dijalankan dan dibarisi ahli panel terdiri daripada Pengarah CaRE, Prof. Datin Dr. Rozi Mahmud dan Timbalan Pengarah CaRE, Prof. Dr. Sherina Mohd Sidik serta seorang survivor yang juga merupakan seorang doktor O&G, Dr. Shahbahiah. Disamping itu, terdapat topik yang membincangkan isu Pengurusan Insuran, Wasiat dan Harta yang telah disampaikan oleh penceramah dari Amanah Raya Berhad, Encik Hidayat Fitri Abdul Kadir dan pengisian rohani ‘Kanser Satu Anugerah’ yang telah disampaikan oleh Ustazah Zaimah Yaha. Sesi kumpulan sokongan juga telah diadakan bagi menyediakan platform bagi pesakit/ survivor kanser payudara untuk saling berkongsi maklumat, pengalaman dan cabaran sebagai pesakit kanser payudara. Selain itu, turut diadakan aktiviti santai dan ramah mesra serta solat secara berjemaah. Secara keseluruhan, program ini mendapat maklum balas yang baik dari peserta.


Barisan ahli panel forum isu-isu berkaitan kanser payudara


Peserta sedang membuat CaRErobik


“Fights against cancer”


Encik Hidayat Fitri Abdul Kadir sedang memberi ceramah tentang Pengurusan Insuran, Wasiat dan Harta


Ustazah Zaimah Yaha sedang menyampaikan ceramah bertajuk ‘Kanser Satu Anugerah’


Updated:: [ctfarhanah]

MEDIA SHARING

CANCER RESOURCE & EDUCATION CENTER
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389471011
0389472706
C1506319281