| CLINICAL AND CANCER RESOURCE EDUCATION UNIT (CCARE)

Program Ziarah bersama PERKEN

Kangar, 9 Jun 2014 Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE) telah mengadakan lawatan ke Persatuan Kanser Negeri Perlis (PERKEN). Lawatan ini adalah merupakan sesi suai kenal di antara pihak CaRE dengan ahli kumpulan PERKEN. Objektif perjumpaan ini adalah untuk merancang program pendidikan dan kesedaran kanser serta bekerjasama dalam bidang penyelidikan berkaitan dengan kanser. Perjumpaan dua hala ini telah disertai oleh lima (5) orang wakil dari CaRE dan lima belas (15) orang ahli persatuan. Melalui perjumpaan ini juga, pihak CaRE berkesempatan mengadakan sesi kumpulan sokongan bersama dengan ahli persatuan yang hadir. CaRE berasa amat berbesar hati dengan perjumpaan ini dan berharap agar program yang dirancang dapat dijalankan dengan sebaiknya.    


Pengarah CaRE, Prof Dr. Latiffah A. Latiff bergambar bersama Pengerusi PERKEN, Pn. Norizan Yahya dan kakitangan CaRE


SXETPA4~