- Tabiat diet yang tetap
- Pengambilan makanan yang sedikit tetapi kerap adalah digalakkan manakala 3 waktu makan utama iaitu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam adalah perlu. Pemakanan yang sihat bermula dengan sarapan pagi yang hebat.
- Ambil diet seimbang
- Pengambilan diet yang seimbang dan pelbagai perlulah berdasarkan piramid makanan.
- Kurangkan pengambilan kafein
- Pengambilan kafein seperti kopi dan teh disarankan tidak melebihi 2 cawan sehari. Banyakkan minum air mineral atau air kosong. Pengambilan kafein yang banyak akan lebih meningkatkan stres serta mengurangkan tumpuan dan keberkesanan dalam kerja serta mengganggu kualiti tidur.
- Kurangkan pengambilan garam
- Pengambilan garam secara berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi dengan garam seperti makanan segera, serbuk perasa, makanan dalam tin, ikan masin, telur masin dan jeruk.
- Kurangkan gula
- Pengambilan gula yang tinggi boleh mengurangkan kapasiti sistem imun yang perlu dalam pengurusan stres. Selain itu, ia juga meningkatkan kadar gula dalam darah yang boleh menyebabkan diabetes dan masalah kegemukan.
- Berhenti dari pengambilan alkohol
- Kurangkan pengambilan alkohol secara beransur-ansur agar keseimbangan badan dapat dikekalkan dan menghindari stres.
- Keperluan vitamin dan mineral yang mencukupi melalui diet seimbang
- Pengambilan vitamin dan mineral yang mencukupi dapat meningkatkan keseimbangan badan dan menghindarkan stres. Sumber makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral adalah buah-buahan dan sayur-sayuran.
- Penggunaan bahan makanan yang mengandungi probiotik
- Pengambilan bahan makanan yang mengandungi 'lactobacillus acidhophitis' dapat menghalang pembesaran bakteria patogen dan menggalakkan sistem imun, menambah vitamin dan meningkatkan ketahanan terhadap stres.
- Kekalkan berat badan
- Pengekalan berat badan yang ideal dan pengamalan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit mampu memberikan ketenangan di samping badan menjadi lebih aktif.
- Hentikan tabiat merokok
- Nikotin yang terdapat di dalam tembakau memberikan rasa ketenangan pada jangka masa pendek tetapi toksin di dalam nikotin akan meningkatkan degupan jantung dan stres..
SUMBER:
http://jknkl.moh.gov.my/info-kesihatan
INFO KESIHATAN (JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR)
Date of Input: 06/05/2020 | Updated: 06/05/2020 | aimerul
MEDIA SHARING